Peranan dan Tanggungjawab JKDN

  • Membuat penilaian ancaman keselamatan atau ancaman kepada kepentingan keselamatan di dalam negeri.
  • Diberikan kuasa untuk menjalankan siasatan dan penangkapan di bawah AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (PENGGAL 133)
  • Diberikan kuasa siasatan di bawah peruntukan undang-undang yang lain seperti AKTA HASUTAN (PENGGAL 24), AKTA KETENTERAMAN AWAM (PENGGAL 148), AKTA PENERBITAN-PENERBITAN YANG TIDAK DIINGINI (PENGGAL 25) dan AKTA PENDAFTARAN PELAWAT (PENGGAL 122).

Peranan JKDN adalah untuk mengawasi dan melaporkan ke pihak Kerajaan isu-isu keselamatan dalam negeri. Berikut adalah senarai isu-isu keselamatan dalam negeri yang diberi perhatian oleh JKDN.  Bagaimanapun, pemantauan JKDN kini tidak lagi terhad kepada isu-isu keselamatan yang disenaraikan kerana isu-isu keselamatan kini berkembang dan berubah-ubah mengikut peredaran masa dan perkembangan di luar negeri.

Kegiatan Subversif 

Sebarang percubaan yang dilakukan oleh seseorang, sekumpulan individu atau sesebuah organisasi yang bertujuan untuk menjejaskan keselamatan negara atau menggulingkan Kerajaan K.D.Y.M.M Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan atau Perlembagaan Negara, sama ada melalui cara keganasan atau dengan tidak mengikut lunas-lunas Perlembagaan.

 

Penyuluhan & Campur tangan Asing 

Percubaan untuk mendapatkan maklumat atau dokumen Kerajaan yang berkelasifikasi secara haram dari segi undang-undang untuk membantu kuasa atau negara asing ataupun bagi mencapai tujuan tertentu.  Campurtangan Asing bermaksud tindakan pihak luar sepeti negara asing yang mencampuri atau mempengaruhi hal ehwal politik dalaman atau norma social sesebuah negara yang berdaulat.

 

Sabotaj 

Perbuatan yang bertujuan untuk melakukan kerosakan fizikal ke atas tempat-tempat berkepentingan ataupun serangan ke atas kepentingan ekonomi negara yang bertujuan untuk menjejaskan keyakinan rakyat terhadap Kerajaan dan pemimpinnya.

 

Pengganasan 

Penggunaan pelbagai bentuk kekerasan, keganasan dan ancaman ketakutan ke atas orang awam dan harta benda bagi sesuatu tujuan politik, keugamaan atau ideologi yang dilakukan oleh seseorang, sebuah kumpulan atau organisasi.

 

Perkauman

Prejudis terhadap Kaum atau Bangsa. Mengkelas-kelaskan rakyat atau penduduk mengikut warna kulit, bahasa dan adat resam.

 

Penganjuran keganasan perkauman dan keugamaan 

Menggalakkan perasaan niat jahat dan permusuhan di kalangan rakyat dan penduduk yang berlainan bangsa dan berlainan agama bagi menyerapkan nilai, kepercayaan dan amalan mereka untuk dipaksakan ke kumpulan atau kumpulan-kumpulan lain (majority) demi untuk kepentingan diri dan kumpulan yang diperjuangkan.