Jabatan Keselamatan Dalam Negeri
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (JKDN) adalah salah satu agensi perisikan di Negara Brunei Darussalam yang beroperasi di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Peranan JKDN
Untuk memberikan amaran awal kepada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan mengenai ancaman-ancaman keselamatan yang mungkin terjadi. Amaran awal berupaya membantu Kerajaan Kebawah D.Y.M.M dalam mengambil tindakan untuk mengurangkan atau mengelakkan daripada berlakunya ancaman-ancaman berkenaan.
Akta-akta di bawah Pengendalian JKDN
Pelaksanaan, pentadbiran dan penguatkuasaan Akta Keselamatan Dalam Negeri & Akta Rahsia Rasmi dikendalikan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri.
Jenis-Jenis Ancaman
Jenis-jenis isu keselamatan dalam negeri yang diberi perhatian oleh JKDN.
Hubungi Kami
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi terus JKDN atau mana-mana cawangan jabatan di empat daerah di Negara Brunei Darussalam.
Siapakah yang bertanggungjawab ke atas Keselamatan Negara?
Seluruh rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam.