Kegiatan Subversif
Sebarang percubaan yang dilakukan oleh seseorang, sekumpulan individu atau sesebuah organisasi yang bertujuan untuk menjejaskan keselamatan negara atau menggulingkan Kerajaan K.D.Y.M.M Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan atau Perlembagaan Negara, sama ada melalui cara keganasan atau dengan tidak mengikut lunas-lunas Perlembagaan.
Penyuluhan
Percubaan unuk mendapakan maklumat atau dokumen Kerajaan yang berkelasifikasi secara haram dari segi undang-undang untuk membantu kuasa atau negara asing ataupun bagi mencapai tujuan tertentu.
Sabotaj
Perbuatan yang bertujuan untuk melakukan kerosakan fizikal ke atas tempat-tempat berkepentingan ataupun serangan ke atas kepentingan ekonomi negara yang bertujuan untuk menjejaskan keyakinan rakyat terhadap Kerajaan dan pemimpinnya.
Pengganasan
Penggunaan pelbagai bentuk kekerasan, keganasan dan ancaman ketakutan ke atas orang awam dan harta benda bagi sesuatu tujuan politik, keugamaan atau ideologi yang dilakukan oleh seseorang, sebuah kumpulan atau organisasi.
Penganjuran keganasan perkauman dan keugamaan
Menggalakkan perasaan niat jahat dan permusuhan dikalangan rakyat dan penduduk yang berlainan bangsa dan berlainan agama bagi menyerapkan nilai, kepercayaan dan amalan mereka untuk dipaksakan ke kumpulan atau kumpulan-kumpulan lain (majority) demi untuk kepentingan diri dan kumpulan yang diperjuangkan.