Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksManual Keselamatan Perlindungan

  • Manual Keselamatan Perlindungan ialah pindaan daripada Buku Panduan Keselamatan, 1987 dan dipinda oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, 2009. Manual berkenaan menggariskan serta menetapkan langkah-langkah keselamatan perlindungan yang minima yang perlu dilaksanakan di setiap kementerian dan jabatan Kerajaan. 
  • Ketua-ketua Jabatan dan pihak-pihak pengamal keselamatan digalakkan untuk menggunakan Manual ini sebagai rujukan kerana Manual ini merangkumi aspek-aspek berkaitan keselamatan;
    • Keselamatan Perlindungan Fizikal
    • Keselamatan Perlindungan Dokumen
    • Keselamatan Perlindungan ICT
    • Keselamatan Perlindungan Personel
  • Ketua Jabatan di kementerian dan jabatan adalah bertanggungjawab terhadap keselamatan di kementerian dan jabatannya bagi memastikan aset-aset kerajaan khususnya maklumat rasmi kerajaan yang terkelas dilindungi setiap masa.
  • Tujuan Manual ini adalah bagi memastikan jabatan mematuhi beberapa standard umum yang perlu diselenggarakan di seluruh perkhidmatan kerajaan. Manual ini telahpun diagihkan semasa pelancaran pada tahun 2011 kepada Ketua-ketua Jabatan, Pegawai Keselamatan Jabatan (Departmental Security Officer – DSO) dan Pegawai Keselamatan Maklumat (Information Security Officer – ISO) di kementerian atau jabatan masing-masing. 
  • Disamping itu, Unit Government Security (UGS) telah pun mengendalikan kursus-kursus dan Program Membimbing DSO yang dihadiri oleh seramai lebih kurang 100 DSO setiap kementerian dan jabatan kerajaan. Kursus dan program tersebut secara ringkasnya menegaskan keperluan bagi setiap kementerian dan jabatan menubuhkan sel keselamatan selain mewujudkan dasar dan prosedur keselamatan di jabatan masing-masing. Beberapa jerayawara yang dihadiri oleh ISO telah juga diadakan, yang antara lain menggariskan hal-hal yang berkaitan keselamatan dan perlindungan maklumat kerajaan yang berhubung-kait dengan penggunaan ICT. 


Buku Panduan Keselamatan 1987
(Security Manual)
Manual Keselamatan Perlindungan  2011
(Protective Security Manual)


ISI KANDUNGAN MANUAL

Penggal II – XIV

Penggal II
​Ancaman Terhadap Keselamatan

​​Penggal III
​Tanggungjawab Terhadap Dasar Dan Perlaksanaan Langkah-Langkah Keselamatan​

​​Penggal IV
​Klasifikasi Keselamatan

​Penggal V
​Keselamatan Dokumen Yang Dikelaskan Dan Bahan Yang Dikelaskan
​Bahagian I 
​Undang-Undang & Aturan-Aturan Am
​Bahagian II
​Tanda Keselamatan Dalam Dokumen-Dokumen Yang Dikelaskan
​Bahagian III
​Kata-Kata Kod
​Bahagian IV
​Penghantaran Maklumat Yang Dikelaskan Melalui Telefon, Telegraf, Wayar Atau Wayarles​

​Bahagian V
​Mengeluarkan Dokumen dari Pejabat

Penggal VI​Penghantaran Dokumen-Dokumen Yang Dikelaskan​

​Penggal VII
​Langkah-Langkah Keselamtan Di Persidangan, Pertunjukkan, Latihan Atau Tayangan Filem

​Penggal VIII
​Kata-Kata Kod

​Penggal IX
​Penghantaran Maklumat Yang Dikelaskan Melalui Telefon, Telegraf, Wayar Atau Wayarles

​Penggal X
​Tapisan Keselamatan

​Penggal XI
​Pas Keselamatan

​Penggal XII
​Cap Rasmi Kerajaan

​Penggal XIII
​Pelanggaran Keselamatan

​Penggal XIV
​Keselamatan Info-Komunikasi

​Bahagian I
​Aturan-Aturan Am

Bahagian II
​Tanda Keselamatan Dalam Dokumen-Dokumen Yang Dikelaskan

​Bahagian III
​Pelepasan Bahan Yang Dikelaskan

​Bahagian IV
​Keselamatan Fizikal

​Bahagian V
​Mengeluarkan Dokumen dari Pejabat

​Bahagian VI 
​Membina Dan Menyelenggara Perisian Dalam Jabatan

​Bahagian VII
​Menentang Jenayah Siber

​Bahagian VIII
​Mematuhi Kehendak Undang-Undang Dan Dasar

​Bahagian IX
​Merancang Kesinambungan Perniagaan

​Bahagian X
​Memberi Perhatian Kepada Isu-Isu Personel Berkenaan Keselamatan

​Bahagian XI
​Mengawal Keselamatan Maklumat E-Kerajaan

​Bahagian XII
​Memberikan Latihan Keselamatan Dan Kesedaran IT

​Bahagian XIII
​Menangani Pertimbangan Yang Berkaitan Dengan Premis

​Bahagian XIV
​Mengesan Dan Tindak Balas Terhadap Kejadian Keselamatan Maklumat


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB DSO
    • Bertanggungjawab ke atas semua aspek keselamatan dokumen, bangunan dan harta benda jabatan.
    • Melaksanakan pengurusan risiko dan mengemukakan cadangan serta arahan-arahan keselamatan bagi meningkatkan keselamatan perlindungan jabatan.
    • Menubuhkan jawatankuasa dalaman untuk menyelaras pelaksanaan kawalan keselamatan dan menyelesaikan isu-isu keselamatan termasuk pelanggaran keselamatan.
    • Menghasilkan dan menerbitkan arahan-arahan keselamatan untuk diikuti dan dipatuhi oleh semua pegawai dan kakitangan jabatan.
    • Mengadakan pemeriksaan dari masa ke semasa ke atas bangunan, sistem pengawalan, bilik dokumen dan sebagainya.
    • Memberi latihan atau menganjurkan kursus yang bersesuaian bagi pegawai dan kakitangan jabatan.
    • Bekerjasama dengan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dalam isu keselamatan.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB ISO
    • Membantu menyiasat berkaitan dengan kejadian dan terjejasnya keselamatan rangkaian.
    • Menetapkan, menyelenggara, melaksanakan dan menjalankan dasar, piawaian, garis panduan dan prosedur keselamatan sistem maklumat seluruh kementerian.
    • Menjalankan pelan tindakan keselamatan Sistem Maklumat.
    • Menjalankan penilaian risiko.
    • Menyusun aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan dasar, piawaian, garis-panduan dan prosedur keselamatan sistem maklumat.

BORANG-BORANG OSA






​Borang OSA 1
​Borang OSA 2


​Borang OSA 3
POSTER-POSTER
Manual Keselamatan Perlindungan