Jabatan Keselamatan Dalam Negeri
Peranan
Peranan JKDN adalah untuk mengawasi dan melaporkan ke pihak Kerajaan
isu-isu keselamatan dalam negeri. Bagi JKDN, keselamatan adalah
perlindungan daripada anasir jahat yang disebabkan oleh:
- Pengintipan: Iaitu percubaan untuk mendapatkan maklumat
sulit Kerajaan secara haram dari segi undang-undang untuk membantu
kuasa atau negara asing ataupun bagi mencapai tujuan-tujuan
subversif. Tujuan-tujuan subversif sama ada untuk melemahkan atau
memalukan Kerajaan atau memberikan maklumat yang boleh merosakkan
negara kepada negara asing.
- Keganasan yang bermotifkan politik.
- Sabotaj: Iaitu perbuatan (atau melindungi perbuatan) yang
bertujuan untuk melakukan kerosakan fizikal pada loji-loji, bangunan,
peralatan atau sasaran-sasaran yang lainnya, sama ada kepunyaan awam
ataupun tentera bagi membantu kuasa luar ataupun untuk mencapai
tujuan politik.
- Keganasan: Menggunakan keganasan dan ancaman untuk mencapai
tujuan politik.
- Penganjuran keganasan perkauman dan keugamaan.