Jabatan Keselamatan Dalam Negeri
 
 

 

Peranan dan Tanggungjawab

Peranan JKDN adalah untuk mengawasi dan melaporkan ke pihak Kerajaan isu-isu keselamatan dalam negeri. Berikut adalah senarai isu-isu keselamatan dalam negeri yang diberi perhatian oleh JKDN :

  • Kegiatan Subversif
    Sebarang percubaan yang dilakukan oleh seseorang, sekumpulan individu atau sesebuah organisasi yang bertujuan untuk menjejaskan keselamatan negara atau menggulingkan Kerajaan K.D.Y.M.M Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan atau Perlembagaan Negara, sama ada melalui cara keganasan atau dengan tidak mengikut lunas-lunas Perlembagaan.
     

  • Penyuluhan
    Percubaan untuk mendapatkan maklumat atau dokumen Kerajaan yang berkelasifikasi secara haram dari segi undang-undang untuk membantu kuasa atau negara asing ataupun bagi mencapai tujuan tertentu.
     

  • Sabotaj
    Perbuatan yang bertujuan untuk melakukan kerosakan fizikal ke atas tempat-tempat berkepentingan ataupun serangan ke atas kepentingan ekonomi negara yang bertujuan untuk menjejaskan keyakinan rakyat terhadap Kerajaan dan pemimpinnya.
     

  • Pengganasan
    Penggunaan pelbagai bentuk kekerasan, keganasan dan ancaman ketakutan ke atas orang awam dan harta benda bagi sesuatu tujuan politik, keugamaan atau ideologi yang dilakukan oleh seseorang, sebuah kumpulan atau organisasi.
     

    Penganjuran keganasan perkauman dan keugamaan
    Menggalakkan perasaan niat jahat dan permusuhan dikalangan rakyat dan penduduk yang berlainan bangsa atau berlainan agama bagi menyerapkan nilai, kepercayaan dan amalan mereka untuk dipaksakan ke kumpulan atau kumpulan-kumpulan lain (majoriti) demi untuk kepentingan diri dan kumpulan yang diperjuangkan.

 

 

Jabatan Perdana Menteri | Mengenai Negara Brunei Darussalam |